Sunday 12 May 2013

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL




PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran lampiran yang mana terkini.


Berikut adalah senarai ringkas penyakit kritikal yang akan dilindungi oleh Prudential BSN Takaful.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI


Pengesahan dari doktor pakar membolehkan pemegang sijil boleh menuntut Pampasan Penyakit Kritikal serta  "Contributor Benefit" (caruman menjadi percuma dan dibayar oleh pihak Prudential seperti tertakluk pada sijil)
  
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi takafulexpert2u.

Thursday 9 May 2013

KESILAPAN UMUM KITA






Sebagai manusia biasa, kita sering melakukan kesilapan, dan tanpa kita sedari kesilapan yang kita lakukan itu akhirnya menjerat diri kita sendiri.

Kadangkala, apabila ada orang yang ingin mengingatkan kita tentang kesilapan tersebut, kita sering menganggapnya sebagai perkara yang remeh temeh, tetapi apabila sudah terkena, mulalah nak menyalahkan orang lain. “DAH JATUH BARU NAK TENGADAH”.

Di antara kesilapan-kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari adalah seperti:

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti "Tak Apa lah", "Nanti La Dulu", "Tunggu Lepas Kahwin la", "Kasi Anak Besar dulu", sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perunding kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :

Apakah 3 matlamat kewangan anda?
Bila jangka masa pencapaiannya?
Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?


Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10% setahun (kadar kad kredit ialah 15 - 18%) akan menghasilkan harta RM72,000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja, kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilema pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!

Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.



Monday 6 May 2013

KAD PERUBATAN ( MEDICAL CARD ) APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA?




PASTIKAN KAD PERUBATAN ( MEDICAL CARD ) ANDA GUARANTEE RENEWAL !

• Tidak semua kad perubatan (medical card) adalah sama, ia bergantung kepada syarikat yang anda ambil. Apa itu "guarantee renewal" ? Guarantee renewal bermaksud manfaat kad perubatan (medical card) anda akan terus disambung mengikut kontrak yang telah dibuat walaupun anda telah mendapat penyakit setelah mengambil polisi. Anda akan terus dilindungi dan kos hospital akan ditanggung oleh pihak insurans @ takaful.

• Sekiranya kad perubatan (medical card) anda adalah dari jenis yang "non guarantee" maka setiap kali membuat pembaharuan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan, sekiranya sihat polisi akan diperbaharui, DAN sekiranya sakit kemungkinan anda tidak boleh menyambung lagi atau akan dikenakan loading @ exclusion.

• Untuk makluman anda, tiada lagi syarikat insurans lain yang akan memberikan anda perlindungan sekiranya anda sakit.

• OLEH ITU, Pilihlah kad perubatan (medical card) yang auto renewal dan tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan.


- Apakah yang anda perlu tahu tentang kad perubatan (medical card) ? Maklumat yang anda perlu AMBIL TAHU SECARA SERIUS sebelum mengambil plan kad perubatan (medical card), ialah:

1) Adakah kad perubatan (medical card) tersebut GUARANTEE RENEWAL atau YEARLY RENEWAL BASIS?

2) Apakah perbezaan antara kad perubatan (medical card) STAND ALONE dan kad perubatan (medical card) sebagai RIDER di dalam INVESTMENT LINK PLAN?

3) Apakah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI (Co-payment) kalau Ugrade Bilik?

4) Adakah terdapat MANFAAT PAYOR/CONTRIBUTOR di dalam plan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda didiagnoskan berpenyakit kritikal?

5) LIMITATION berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan di hospital?

6) LIMITATION untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser?

7) TEMPOH PLAN BERKUATKUASA. Sehingga bilakah anda dilindungi? Short term or long term?

8) Perbezaan kad perubatan (medical card) 1st PARTY dan 3rd PARTY?

9) Apakah plan anda plan 3 dalam 1, PERBEZAAN antara 3 dalam 1 atau sekadar plan 2+1? Mana satu pilihan anda...fikir-fikirkan......

10) Kad perubatan (medical card) MAHAL? kad perubatan (medical card) MURAH tentu ada sebab? Adakah berbaloi dengan INVESTMENT yang anda buat?

**Ramai yang tak tahu, bila dah terkena baru tahu, tetapi semuanya sudah terlambat pada waktu itu.

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA CALL/SMS MUS: 019-9338655 atau Layari takafulexpert.com @ takafulexpert2u.blogspot.com untuk dapatkan maklumat selanjutnya.


Saturday 4 May 2013

KELEBIHAN PERLINDUNGAN BERKONSEPKAN TAKAFUL






Kelahiran penyedia Sistem Kewangan Islam telah memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.

Dengan adanya penubuhan Perbankan Islam dan Takaful pada hari ini, ia seharusnya dipuji dan dihargai kerana telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.

Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem kovensional yang bercampur-baur tidak senada dengan Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Takaful Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.

Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.


Sistem takaful juga BEBAS dari unsur-unsur gharar (syubhat)riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".

Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Sebaliknya dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.

Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

Sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini. Kini dengan adanya kemudahan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

PILIHLAH INSURANS TAKAFUL YANG BERTERASKAN ISLAM DAN DIURUSKAN MENGIKUT HUKUM-HUKUM DAN SYARIAH ISLAM


Saya ejen yang boleh membantu anda. Hubungi  takafulexpert2u



Thursday 2 May 2013

KEPENTINGAN & KEPERLUAN ANDA MENDAPATKAN INSURANS TAKAFUL






Hari demi hari semakin banyak pendedahan tentang kepentingan insurans takaful disebarkan melalui media massa dan elektronik. Penyebaran maklumat serba pantas, sama ada blog, laman sesawang, Internet mahupun laman maya seperti Facebook dan Twitter, semuanya diisi dengan pelbagai maklumat yang boleh dicapai sekelip mata. Maka semakin ramai lah dikalangan kita, menyedari tentang kepentingan insurans takaful dalam membantu pengurusan kewangan harian.

Antara peranan utama insurans takaful adalah sebagai persediaan awal dalam menghadapi malapetaka atau musibah kewangan, yang sering dikaitkan dengan kehidupan; seperti kematian di usia muda, hilang upaya, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital yang tinggi.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik, ramai diantara kita masih berada didalam situasi “ZON SELESA”. Dimana, individu merasakan kesihatan diri pada masa ini, masih lagi berada pada tahap terbaik dengan memberi alasan “Aku masih belum perlukan insurans”.

Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Dan bila ianya tidak penting, maka akan tertanguhlah dalam melaksanakannya. Tetapi persoalanya, Adakah Insurans Takaful boleh diambil setelah kita disahkan sakit? Adakah kita akan kekal sihat selamanya? Dan jika kita sakit, mampukah kita membiayai kos perubatan yang semakin mahal? siapa yang akan membantu kita? Bagaimana pula dengan keluarga yang bergantung harapan pada kita?


Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin.

Peningkatan harga premium 15% setiap tahun.

Harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan, sekiranya kita mengambil polisi insurans dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding jika ianya diambil pada tahun ini.

Semakin berumur, risiko penyakit semakin meningkat, perlindungan semakin berkurangan.

Faktor umur memberi kesan yang besar terhadap bayaran premium polisi. Semakin awal umur mengambil polisi, semakin cerah peluang untuk mendapatkan premium polisi pada harga yang murah dengan perlindungan yang bermanfaat. Sebagai contoh, jika mengambil polisi ketika umur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, sebaliknya jika mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak akan dapat manfaat yang sama seperti umur pada 20-an dengan harga yang sama.

Ini kerana, semakin meningkat umur seseorang, semakin tinggi risiko masalah kesihatan seseorang. Malah terdapat kes dimana syarikat insurans menolak permohonan perlindungan insurans kerana risiko masalah kesihatan yang tinggi. Oleh itu, masa yang paling sesuai untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah ketika kita masih sihat dan muda.

Ada sebarang pertanyaan ? Anda boleh hubungi takafulexpert2u.