Thursday 13 June 2013

APAKAH CO-INSURAN/TAKAFUL






“Co-Insuran” atau ”Co-Takaful” adalah bermaksud ‘Pengkongsian Kerugian bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful’. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis ‘co-takaful’ atau ‘co-payment insurance’.

Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment'. Walau bagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-insuran yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.Di PruBSN Takaful hanya terdapat Co-Takaful sahaja, manakala Co-Payment tidak dikenakan ke atas client. Bagi  penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.
Walaubagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-payment insurance yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.

Ringkasan:  RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)

Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

2- Kes 2 : KEMALANGAN
Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

3- Kes 3 : DEMAM PANAS
Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM250
Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN

**Nota: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital yang tinggi kepada peserta sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut.credit: prudential takaful

ADAKAH CO-TAKAFUL MEDICAL CARD YANG MEMBEBANKAN???

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki Medical Card agak tinggi sekarang ini. Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej Medical Card  PruBSN Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, apabila ejen takaful tersebut mendakwa produk medical card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful.
APAKAH SEBENARNYA CO-TAKAFUL?

Co-takaful adalah sharing cost di antara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta PruBSN Takaful, Co-Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10%  (Minimum RM300 dan Maksimum RM1000). Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , Co-Takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1,000 dan bukannya RM10,000. Yang lebihan tue, akan dibayar oleh insurans.

Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?

Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1,000 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.

Sebagai contoh:
Pelan  Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.

Berbanding dengan PruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM500,000. Apa yang menarik lagi, jika tiada tuntutan pada tahun itu (selama setahun dari tarikh polisi diluluskan), peserta akan dapat Non Claim Bonus (NCB) sebanyak RM 100.  Jumlah NCB ini adalah berdasarkan plan Medical Card yang diambil.

Untuk Polisi PruBSN Takaful Medical Card, Co-Takaful tidak tertakluk pada kos rawatan sahaja. Tapi ia juga meliputi Pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization (Outpatient Treatment). Tiada minumam requirement dan maksimum adalah RM2000.

Contohnya:
Masa  Pre-hospitalization,  kita pergi klinik jumpa doktor kerana demam dan doktor charge RM 50. Seminggu  masih belum sembuh, so decide nak  pergi hospital. Tinggal di hospital 3 hari dan hosspital charge RM1,500. Dan after discharge, kita pun pergi buat follow up dengan doktor dan di charge sebanyak RM200.
So, cuba kira? How?

Pengiraannya:-
Benefits
Charges
Co-Takaful @ 10%
1. Pre-hospitalization
RM50
RM 5
2. In-Hospitalization
RM1,500
RM 300 (Y?) because min 300 n max 1k
3. Post-Hospitalization
RM200
RM 2

Oleh sebab itu, jumlah  yang anda perlu bayar adalah RM325. Untuk pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization akan berlaku semasa claim. Mungkin sesaper yg pernah claim untuk Pre dan Post -Hospitalization pernah tertanya apsal claim sikit dari yg sepatutnyer. pasal nielah!!!! Co-Takaful @ 10%

PERHATIAN:
Jika dengan pembayaran Co-Takaful / Insurans  itu dianggap membebankan, cuba bandingkan dengan beberapa agensi insuran lain yang mengenakan Co-Takaful/insurans  dan juga Co-Payment kepada client mereka.

Contohnya 1:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150, Co-Insurans  (10% max RM500) & Co-Payment (20% no max – if upgrade Room & Board)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 10% pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 10% daripada RM20000 = RM2,000
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM2000 = RM2250 tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization…

Contohnya 2:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150,  Co-Takaful (10% max RM3k) & Co-Payment (28% - if upgrade R&B)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 28 % pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 28% daripada RM20000 = RM5,600
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM5600 = RM5850 (tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization)

Daripada perbandingan ini, adakah anda fikir pembayaran Co-Takaful/Insurans yang dikenakan oleh PruBSN Takaful itu membebankan?