Thursday 2 May 2013

KEPENTINGAN & KEPERLUAN ANDA MENDAPATKAN INSURANS TAKAFUL






Hari demi hari semakin banyak pendedahan tentang kepentingan insurans takaful disebarkan melalui media massa dan elektronik. Penyebaran maklumat serba pantas, sama ada blog, laman sesawang, Internet mahupun laman maya seperti Facebook dan Twitter, semuanya diisi dengan pelbagai maklumat yang boleh dicapai sekelip mata. Maka semakin ramai lah dikalangan kita, menyedari tentang kepentingan insurans takaful dalam membantu pengurusan kewangan harian.

Antara peranan utama insurans takaful adalah sebagai persediaan awal dalam menghadapi malapetaka atau musibah kewangan, yang sering dikaitkan dengan kehidupan; seperti kematian di usia muda, hilang upaya, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital yang tinggi.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik, ramai diantara kita masih berada didalam situasi “ZON SELESA”. Dimana, individu merasakan kesihatan diri pada masa ini, masih lagi berada pada tahap terbaik dengan memberi alasan “Aku masih belum perlukan insurans”.

Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Dan bila ianya tidak penting, maka akan tertanguhlah dalam melaksanakannya. Tetapi persoalanya, Adakah Insurans Takaful boleh diambil setelah kita disahkan sakit? Adakah kita akan kekal sihat selamanya? Dan jika kita sakit, mampukah kita membiayai kos perubatan yang semakin mahal? siapa yang akan membantu kita? Bagaimana pula dengan keluarga yang bergantung harapan pada kita?


Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin.

Peningkatan harga premium 15% setiap tahun.

Harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan, sekiranya kita mengambil polisi insurans dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding jika ianya diambil pada tahun ini.

Semakin berumur, risiko penyakit semakin meningkat, perlindungan semakin berkurangan.

Faktor umur memberi kesan yang besar terhadap bayaran premium polisi. Semakin awal umur mengambil polisi, semakin cerah peluang untuk mendapatkan premium polisi pada harga yang murah dengan perlindungan yang bermanfaat. Sebagai contoh, jika mengambil polisi ketika umur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, sebaliknya jika mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak akan dapat manfaat yang sama seperti umur pada 20-an dengan harga yang sama.

Ini kerana, semakin meningkat umur seseorang, semakin tinggi risiko masalah kesihatan seseorang. Malah terdapat kes dimana syarikat insurans menolak permohonan perlindungan insurans kerana risiko masalah kesihatan yang tinggi. Oleh itu, masa yang paling sesuai untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah ketika kita masih sihat dan muda.

Ada sebarang pertanyaan ? Anda boleh hubungi takafulexpert2u.



No comments:

Post a Comment