Friday, 14 June 2013

MANFAAT SIMPANAN






Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan pada masa akan datang, contohnya mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walau bagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran TIDAKLAH SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.

Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful, CONTOHNYA : RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, PERLINDUNGAN yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun pertama hingga tahun ketiga agak rendah. Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain.

Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun-tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN

Simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

TIADA TEMPOH MATANG

Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.

**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.

ADA SEBARANG PERTANYAAN ? HUBUNGI takafulexpert2u.



No comments:

Post a Comment